February 25, 2008...12:11 pm
Kesimpulannya, it’s a comic relief…
Today, my tuition kid handed in his assessment book homework from last week.
Subject : BM.
Topic : Simpulan Bahasa.
Arahan : Isikan tempat-tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.
Berikut adalah jawapan yang diberikan oleh pelajar darjah empat tersebut.
1. Pengantin perempuan itu kelihatan cantik macam burung parrot.
2. Norizan tidak jadi membeli kain batik itu kerana harganya mahal macam hotel.
3. Kuih lapis yang dibuat oleh ibu itu manis macam gula-gula.
4. Apabila mengetahui keputusan peperiksaannya gagal, muka Adnan masam macam limau.
5. Adik tidak mahu makan ubat yang pahit macam kopi itu.
Kesimpulannya, saya sebagai guru tidak tahu jika harus ketawa atau pun marah dengan jawapan yang diberikan. Justeru itu saya menanyakan kepada murid yang berkenaan, ‘ A, awak jawab macam ni, awak rasa cikgu marah dan akan menjadi garang macam apa ?’ ( konon nak last kopek, tanya dia dengan simpulan bahasa yang mudah sangat untuk dia jawab )
Dan jawapan yang diberikan, dengan selamba— ‘Garang macam daddy saya cikgu ! ‘
Kesimpulannya…
…..susah jugak mengajar bahasa ni ya… !
Comments are closed.